nuffnang ads

Selasa, 16 Ogos 2011

New Water/Air Kumbahan-Kita akan menggunakannya suatu hari nanti

New water adalah air yang di guna semula iaitu air dari bilik air kita dikitar semula dan bersihkan sehingga boleh di minum semula.Negara jiran kita iaitu Singapura telah mengunakan air new water ini atas sebab kekurangan sumber air.Mereka telah membangunkan teknologi membersihkan air dari air kumbahan menjadi bersih sediakala.

Di negara kita terutama yang tinggal di Johor dan juga orang orang politik pernah mengeluarkan kenyataan mengenai Singapura yang menggunakan air dari kumbahan ini.Mereka rasa kita di Malaysia tidak mungkin akan menggunakan air kumbahan yang di kitar semula ini

Tidak mustahil lagi 50 tahun atau 100 tahun lagi kita juga akan menggunakan air New Water ini seandainya sumber air dinegara kita tidak dijaga dengan baik.Lihat saja pencemaran air sungai yang semakin nazak di negara kita.Tidak mustahil ia akan berlaku.Sekarang ni pun ada beberapa negeri dinegara kita air paipnya kadang kadang menjadi keruh.

Pada masa itu kita akan tercari cari dan baru mahu belajar teknologi membersihkan air kumbahan menjadi new water.Mungkin kita akan belajar dari negara yang pernah kita persendakan suatu masa dahulu cara cara menguruskan sumber air kumbahan menjadi air bersih.Sebelum perkara ini berlaku mari kita dan pihak yang berwajib menjaga sumber air kita dengan lebih bertanggung jawab.

12 ulasan:

  1. Jangan membazir air..
    Jika sumber air semakin berkurangan dan kritikal tak mustahil ianya boleh berlaku di negara kita.

    BalasPadam
  2. hmm.. itu la. banyak sangat pembaziran.

    BalasPadam
  3. oh..sy ingt kat Malaysia mmg pakai air kitar semula..rupanya belum ya..eii..plslah jaga sungai kan..

    BalasPadam
  4. betul tue! kadang2 kat umah saye pn tetb air jd keruh... ingt air dh nak tak de~ tapi ade jee... huhuhu~~

    BalasPadam
  5. New water? kitar semula air kumbahan? Euwww..mcm tak nak guna je.. So, marilah kita sama2 menjaga kebersihan sungai dan hargailah air sbelum terlmabt. :-p

    BalasPadam
  6. dear all my best fren tqvm fr yr coment.

    BalasPadam
  7. huhuhu.. erk?

    jom berdoa?
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/doakan-untuk-keburukan-saudara-seislam.html

    BalasPadam
  8. Haah kalau kita tak jaga sungai dengan baik mungkin termasuk suling air laut juga kut? Kalau takmo air kumbahan :)

    -wina1979-

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik