nuffnang ads

Sabtu, 10 September 2011

Cerai berai

Cerai adalah bermaksud berpisah.Lebih tepat lagi kepada pasangan suami isteri yang berpisah atas sebab sebab tertentu.Cerai tidak akan berlaku tanpa sebab.Mungkin berpunca dari suami mungkin juga dari isteri.Pendek kata penceraian berlaku atas sebab tiada penyesuai diri antara satu sama lain atau wujud orang ketiga.

Ada yang bercinta lebih 5 tahun bila berkahwin tak sampai 2 tahun sudah bercerai.
Begitu juga masa bercinta semuanya indah...yang buruk semuanya di sembunyikan.Kalau pasangan jatuh terlanggar batu...habis batu tu kena maki hamun tapi bila sudah berkahwin lain pula ayatnya...buta ke mata awak..batu depan mata pun tak nampak.Ini contoh sahaja.

Penceraian banyak berlaku pada pasangan yang muda sekitar umur 39 th kebawah.Yang berumur 40 tahun keatas pun ada juga berlaku penceraian.Amat menyedihkan kalau sudah bersama lebih dari 20 tahun dan anak anak pula sudah dewasa tapi berakhir dengan penceraian.Pahit manis bersama musnah begitu saja.......

Sebelum bernikah biasanya jabatan agama akan adakan kursus perkawinan.Nampaknya tidak berapa menimbulkan kesan.Kesan buruk dari penceraian adalah anak anak.Jiwa anak anak mungkin terganggu kesan dari penceraian ini.Fikiran mereka akan menjadi keliru dan bercelaru.

Kadang kadang kita merasa pelik lihat pasangan yang perempuannya cantik dan lelakinya kacak ekonominya stabil pun boleh berlaku penceraian.

Sedikit nasihatkan kepada golongan yang mahu berkahwin atau baru berkahwin atau telah lama berkahwin ambillah sikap bertolak ansur dan bersabar bila berlaku konflik.Jujur dengan pasangan dan terima seadanya dengan kekurangan yang ada pada pasangan kita.Jangan anggap pasangan kita sempurna segalanya.Masalah memang ada dalam melayari bahtera berkahwinan.

Bila kita mencari penyesuaian hidup dengan pasangan sudah semestinya ada sedikit konflik.Jarang berlaku pasangan suami isteri tidak berselisih faham.Lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Kalau isteri jadi api suami pula kenalah jadi salji.Begitulah sebaliknya.Kalau kedua duanya jadi api ...rumah boleh jadi terbakar dan hangus jadi abu.
Penceraian itu adalah satu penyeksaan.

23 ulasan:

  1. bila bercinta, nmpak kebaikan pasangan.. bila da kawiin bru nmpk kebaikan dan kelemahan pasangan..

    BalasPadam
  2. bercakap memang mudah, melaksanakan apa yang dikata itu susah... sedangkan lidah lagikan tergigit...

    BalasPadam
  3. gadoh 2 normal.be matured! kahwin bukan semata mata kerana nafsu.jage perlakuan n tngktkan iman.insyallah =)

    p/s: mcm org da kawen plak.haha

    BalasPadam
  4. salam....sememangnya sikap tolak ansur tu perlu ada dlm jiwa semua org ,jgn perkara yg kecil pun boleh dibesarkn ....isu rumahtangga ni mmg satu isu yg sgt sensitif tapi kita patut menanganinya dgn cara yg cukup berkesan semoga segala masalah rumahtangga yg dibina atas dasar cinta itu dpt kita elakkan dan hendaklah kita pupuk kasih sayang itu dengan baik...:)

    BalasPadam
  5. hmmm...kadang2 kita hanya tau menilai dr luaran sahaja...hanya dorang saja yg tau keadaan yg sebenarnye...

    kalau bukan dugaan...bukan kehidupan namanya...
    Allah sengaja nk menguji hambanya melalui penyeksaan penceraian itu...supaya hambanya lebih dekat kepadaNYA...dan mahu berfikir kenapa sesuatu perkara itu boleh berlaku...ada hikmahnya...pasti!

    BalasPadam
  6. dear all:- satu nasihat dan ulasan yg baik dari bloger.Tq

    BalasPadam
  7. fikir cerai berai ni, membuatkan diri takut pula nak kawen. hukhuk

    BalasPadam
  8. wawa mcm DR LOVE je

    haha

    pendek cite suami isteri kena ada sikap tolenransi

    baru rumah tangga jd FUUUYOOO

    =_=

    BalasPadam
  9. huhu sangat takot dengan penceraian.. jauhkanlah hendaknye..

    BalasPadam
  10. nie yang buat rase takot nk kawen nie..huhu

    BalasPadam
  11. org kate sedangkan lidah lagi tergigit.gaduh suami isteri tu biaselah,cume kena pandai handle.gamaknyelah.alin xkawen lagi,so xley nak komen lebih2.heee

    BalasPadam
  12. owh, terima kasih nasihat tu.
    insyaallah. tak kan sia-sia kn sebuah perkahwinan tu..hoho

    BalasPadam
  13. punca rosaknya umahtgga seorg wanita adalah dari wanita juga, yg kemaruk dgn laki org..yg si laki org tu pun 2X5

    BalasPadam
  14. Takde tulisan baru ke? Bro sambung cerita catatan perjalanan hidup tu yang terhenti tu kalau takde idea nak tulis apa :)

    -wina1979-

    BalasPadam
  15. ooo wina ingat lagi citer satu perjalana..skrip blum siap.Tulisan baru ada.

    BalasPadam
  16. Takutnya Hana dengar perkataan cerai tu. MOga masjid yang kami bina ini kekal ke akhir hayat. Amin.

    psst, bla bersalam dgn orang2 tua waktu majlis khwin, dia orang suka pesan mcm ni "banykkn bersabar dalam perkahwinan".

    BalasPadam
  17. hmm. bila suka semua indah kan abang ghani? sedih.

    BalasPadam
  18. Hana-minta dijauhkan.
    C.Jannah-buat pilihan masa blum kawen

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik