nuffnang ads

Sabtu, 24 September 2011

Semakin Lanjut Usia Semakin Sunyi

Ketika kita kecil kita di belai dan di manja oleh kedua ibubapa atau orang di sekeliling kita.Hidup kita riang dan gembira ada tempat bermanja.

Bila kita sudah dewasa kita ada kawan kawan untuk berbual dan berseronok.Bila kita sudah berkahwin kita ada teman hidup iaitu isteri atau suami.

Bila kita ada anak.Kita menjadi ibubapa.Anak anak menjadi peneman hidup kita.Riuh rendah rumah dengan keleteh dan karenah anak anak.Selain kita ada anak sendiri kita juga ada anak anak saudara .

Bila anak telah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri..mereka akan berpindah hidup
bersama keluarga yang akan mereka bentuk sendiri.Ada yang berpindah dekat dengan kita dan ada yang berpindah jauh dari kita yakni bergantung kepada tempat kerjaya mereka.

Bila ada kelapangan anak anak akan mengjenguk kita atau bagi anak yang terlalu jauh sekurang kurangnya setahun sekali anak akan pulang ke pangkuan kita.Bila anak anak dapat berkumpul bersama kita terasa hati yang kosong..sunyi..kini terisi semula dengan keriangan dan kegembiraan.Kepenatan hilang bila dapat lihat wajah anak dan cucu kita.

Bila anak anak kembali ke rumah masing masing kita kembali sunyi..kembali menanti kedatangan anak anak.Apa guna rumah yang besar kalau hidup berdua.Apa guna duit yang banyak kalau tiada yang melawat kita di saat kita telah menjadi warga emas.
Kalau pasangan kita meninggal dunia hidup ini lagi terasa sunyi..sunyi..sepi seperti di dunia ini hanya kita tinggal bersendirian.

10 ulasan:

  1. kitaran kehidupan... apa yang kita buat dekat mak ayah kita sekarang, akan dibuat jugak anak anak kita nanti...

    BalasPadam
  2. tuhan sentiasa berada di sisi :) heheh

    BalasPadam
  3. Sedih jer tulisan bro. Tapi memanglah bro nanti meninggal pun dikuburkan sorang-sorang. Masa tu tak sunyi sebab ada malaikat yang akan tanya kita.

    -wina1979-

    BalasPadam
  4. Salam;
    nak buat mcm mana bro..yang penting kita jangan sunyi dari Allah..

    BalasPadam
  5. salam abghani...betul tu bila anak2 dah besar n dah berkeluarga kita akan mula merasa sunyi...
    mulalah tinggal berdua bila pasangan dah tiada nanti tinggal berseorangan semula menunggu masa menemuiNYA...:)

    BalasPadam
  6. Sedihnya. Tulah, hana dah ajak mum tggl sama2 kat sini tp xmaunya dia. Katanya lbh suka hdup kt kg. Nsb baiklah ada makcik dan anak2 tggal bersama dgn mak.

    BalasPadam
  7. sekrang ni mmglah riuh rendah kan rumah sbb adik beradik tak de yg kawen lagi. tunggu lah 10 tahun lagi. takut pulak nanti tak dapat selalu lawat mak. sobs.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik