nuffnang ads

Selasa, 21 Jun 2011

Satu Perjalanan Ogos -Sept.1993

Jam menunjukkan pukul 9.30malam.Aku seperti orang yang kebingungan tak tahu nak buat apa.Nak mandi dan basuh baju air paip tak keluar, terlalu kerap gangguan air di kawasan ini iaitu kangkar teberau.Malam minggu ini aku dan rakan serumah hanya memerap menanti air paip.Muka semua berkerut penat bekerja kemudian tension balik rumah air pula tiada.
Pagi ahad hujan turun mencurah curah.Aku mandi dan basuh baju dahulu kuatir air tak ada lagi.Buka radio kedengaran lagu fantasia bulan madu.Kalau hujan berterusan memerap lagi kat rumah.Kebosanan mula terasa,perut berbunyi tanda lapar.Hujan di luar semakin lebat.Talian talipon telah di potong gara gara rakan serumah iaitu kamal telah berkawan dengan awek Batu Pahat.Hari hari bergayut tanpa memikirkan kemampuan kewangan .Akibatnya bil mencecah $1,300.00.Tak mampu nak bayar.Yang aku risau talian talipon itu atas nama aku.Apa yang aku tahu sampai sekarang tak bayar..janji manisnya nak setelkan semua.Rakan serumah yang lain semua bengang.Aku jadi mangsa tanggung bil yang banyak.
Hujan masih lagi tiada tanda mahu berhenti.Perut semakin keroncong.Pergi ke dapur tiada bahan untuk dimakan kecuali buah rambutan yang emak aku kirimkan melalui kakak aku yang balik ke kampung tempoh hari.Memandangkan aku dah lama tak balik kampung jadi emak kirimkan buah rambutan dan manggis.Terima kasihlah pada emak  yang tidak melupakan aku.Rasa terharu bila membayangkan kesukaran emak memetik buah rambutan .Tidak terbalas budi baik emak.Emak tetap dalam ingatan aku.
Sept 9 1993 adalah satu tarikh keramat dan hari kebesaran bagi akulah.Hari dimana buat pertama kali aku melihat dunia dimana aku belajar menangis.Setiap manusia dilahirkan dengan menangis dan apabila mati ditangisi ..itu lumrah alam.Hari ini genaplah umur aku 24 tahun ,semakin dewasa.Tentang jodoh belum di fikirkan lagi.Beberapa rakan telah bertunang dan ada yang telah berkawin.Dulu pernah berkata nak tamatkan zaman bujang pada umur 28 tahun.Jodoh pertemuan di tangan allah.
Hari jadi kali ini aku belanja kawan kawan makan.Aku harap akan menjadi lebih dewasa dan matang dalam setiap tidak tanduk mengharungi hari hari yang mendatang.

2 ulasan:

  1. macam sedih je.. ni pejalanan hidup ke?

    BalasPadam
  2. perjalanan yg penuh warna warni..tk lah selamanya sedih.

    BalasPadam

Ulasan dari Blogger terbaik