nuffnang ads

Rabu, 22 Jun 2011

Satu Perjalanan Desember 1993

Disaat saat warga Johor bergembira menyambut tahun 1994 dimana Johor akan di istiyarkan sebagai sebuah Bandar Raya... aku bersiap untuk balik kampung menghabiskan sisa sisa tahun 1993 dengan menumpang kereta abang aku iaitu abg man.Didalam kereta aku mengalamun mengingati kisah kisah lama dan wajah wajah yang pernah mewarnakan kehidupan aku sepanjang tahun 1993.Wajah pertama yang berada dilayar ingatan ialah nora.Saat ini mukin dia bahagia bersama suami dan keluarganya.Kadang kadang terfikir kenapa aku tidak serius dalam menjalinkan persahabatan.Adakah pada waktu itu aku seorang yang tidak matang atau kebudak-budakan.Yang berlalu tetap berlalu ,usah dikenang lagi .Apa nak buat  dah bukan jodoh agaknya.Ada masanya aku merasa rindu dengan kawan kawan lama di KWP..teringin untuk berjumpa tapi masa amat terbatas untuk aku berbuat demikian.
Tanpa aku sedari aku telah sampai ke pekan Air Hitam.Jam menunjukkan  lagi 5 minit pukul 12malam.Aku dan abg man serta rakannya menghilangkan penat di sebuah restoran.
Detik 12 malam telah pun bermula menandakan tahun baru 1994 telah tiba.Aku dapat rasakan seluruh rakyat Johor termasuk kawan kawan aku sekarang ini bergembira menyambut tahun baru  dengan imej Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya.Tentu meriah dengan percikkan bunga api.
Umur aku meningkat lagi ke satu anak tangga menjadi 25 tahun.Aku juga seperti orang lain ingin punya kereta,rumah dan keluarga sendiri.Soalnya bila ?..hanya masa yang menentukannya.
Tiba tiba aku terkejut bila abang aku serahkan kunci kereta.Kini tiba giliran aku memandu pulang ke kampung.Kereta terus meluncur membelah kedinginan malam di lebuh raya utara-selatan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik