nuffnang ads

Jumaat, 24 Jun 2011

Satu Perjalanan Febuari 1994

Telah 11 hari kita berpuasa.Pada awal ramadan aku berpuasa di kampung.Kebetulan awal ramadan jatuh pada tahun baru cina.Balik kampung naik motor dengan motor baru adik aku halim suzuki panter.Aku yang bawa sebab dia tak ada lesen lagi.Bulan ini juga aku dapat bonus tapi duit itu buat masa ini aku belum nak guna lagi jadi aku beri abang aku pakai dulu sebab dia nak guna untuk perkawinannya yang akan berlansung bulan depan seminggu selepas raya.
Aku telah berpindah ke rumah sewa baru di Taman desa cermelang.Tinggal bersama kawan  sekolah aku iaitu kamal bukan kamal yang guna talipon bil melambung tu.Kamal rakan sekampung aku ni aku kenal dari sekolah rendah hingga sekolah menengah semua satu kelas.Di rumah sewa baru ini aku tinggal sebilik dengan As..jangan salah faham As ni lelaki bukan perempuan nama sebenarmya mohd asni.
 Aku pindah bukan kerana tak serasi dengan kawan kawan lama iaitu Jas,Am,Yani dan (kamal -guna talipon bil melambung).Saja nak cari angin baru.Lagi pun kawan sekampung aku Jep yg putus 4 jari dah kerja di KL dan akan melansugkan perkawinan pada bulan depan.Dia kawin dengan rakan sekelas dari sekolah rendah hingga menengah.Dapat duit pampasan baru terbuka hati nak kawin.Kalau dah jodoh tak kemana.
Aku ni bila lagi...tungguuuuuuu...........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan dari Blogger terbaik